Fi Hayaati

"Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)"

Penat...

Assalamualaikum...

Aku sudah jarang update blog ini. Mungkin kerana tiada masa untuk meluangkan waktu untuk menceritakan beberapa detik yang rasanya mahu aku isikan di dalam blog ini. Kerja yang terlalu banyak dan aku terlalu sibuk untuk hari peperiksaan akhir nanti. Tahun hadapan akan bermulalah sesi praktikal sebagai seorang pengajar. Terlalu letih! Terkadang aku fikirkan yang aku bekerja seperti robot tanpa henti. Mungkin anggapan orang pada aku ianya perkara biasa di alam pekerjaan.

Hari ini aku cuti. Mahu habiskan masa dan cuti tahunan untuk berehat di rumah sepuas-puasnya. Mendownload cerita dari internet dan bersembang dengan kawan2. Tapi semua kawan2 sudah bekerja dan mereka juga sibuk seperti aku. Tak ada masa sangat untuk bersembang seperti dahulu.

Aku ucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431 dan selamat datang tahun 2010. Tahun yang pastinya akan menjelma dengan pelbagai dugaan. Azam? Aku tak berani kotakan apa2 janji. Kalau ada pun biarlah diri ini sendiri yang mengetahuinya. Takut azam yang dipendam tidak tercapai pula. Wallahualam. Kita merancang Allah yang tentukan. Yang penting semoga kita menjadi orang yang bertambah cemerlang di dalam meneguhkan agama,keluarga dan negara. Insyaallah...

1000 Kebaikan

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."

(Riwayat Muslim)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Sumber:
www.zahazan.net

Rasa Lain...

Isnin lepas adalah hari yang bersemangat untuk ke tempat kerja. Maklumlah baru lepas hadiri kelas motivasi "Winner Make It Happen" di Melaka. Dengan megahnya nak ke tempat kerja dengan penuh semangat! Datang awal tepat jam 8.08 minit pagi aku tiba di kolej. Setelah punch aku terus naik ke kelas. Agak lama juga melayari internet, aku mengemas sikit-sikit meja yang berselerak. Terasa letih sangat badan ni! Mana taknya aku tak ada rehat selama Sabtu dan Ahad ini habis dikorbankan untuk kursus motivasi. Tup2 naik kerja nama aku disenaraikan untuk ke kem Team Building di Port Dickson. Gila!!! Ingat aku robot ke?

AKu ternampak Nurul n Farah. Ada sekali Hafizah dan Dayah yang naik ke kelas. Rasanya nak makan sama-samalah bagi ni! Akupun turun ke bawah dan terus berjalan sama ke kedai Nenek. Kedai ni takdelah special mana tapi untuk lepak-lepak tu syok juga. Tika berjalan sama Farahpun mula meriuhkan suasana.
" Kita pergi kerja macam kita pergi...??" soal Farah
" ENJOYYY!!!" Kata Nurul. Aku dan yang lain tertawa bersama. Almaklumlah kami baru sahaja balik dari kurus motivasi. Kata motivator tu rasakan pergi ke tempat kerja seperti kita pergi enjoy. Tidaklah tertekan sangat. Wa...terasa bersemangat juga!

Sampai di simpang dekat dengan kedai Nenek tengok orang ramai di rumah En.Azman. Ada apa pula? Pelik juga. Sampai di kedai Nenek aku bertanya pada Nenek. Katanya mak mertua En.Azman sudah meninggal malam tadi. Innalillahi Wainnna ilaihi roji'uuun...Tiba-tiba perasaanku berubah seketika. Apalah yang akan terjadi buat diriku di masa akan datang? Entahlah tak tahu bila aku akan mati pula.

Setelah order minuman dan makanan, kami tak henti-henti nak berbual tentang kursus motivasi tu. Macam-macam kami ceritakan pada Hafizah dan Dayah sebab mereka tak pergi kerana mereka pelajar praktikal. Sampai tergelak panjang mendengar cerita kami. Tiba-tiba Nurul mengangkat telefonnya. Lepas dia mendengar seketika dia memberikan telefonnya pada aku. Siapa pula nak cakap dengan aku ni?

"Hello, awk kat mana? Ni ada pengajar dari KL nak ajar budak Core abilities. Dah lama mereka tunggu"
HAH??!! Aku terkejut beruk. Dahlah Bro MC hari ini. Mamposss!! Aku terlupa langsung yang mereka akan datang minggu ni! Mana taknya aku sibuk uruskan pelajar final exam, dengan kursus motivasinya. Dahlah fail budak-budak ni tak setup lagi!!! Mamposss!!!!

Nak taknak aku terpaksa beredar sekarang. Kalau aku tak datang sekarang tak pasal-pasal diorang report kat pihak atasan nanti. Mamposss!!!! Aku segera mendapatkan mereka di pejabat. Ada 3 orang semuanya. 2 lelaki (En.Shah,En.Nazri) dan seorang perempuan (Cik Niza). Nampak mereka macam bengkek tapi aku wat selamber jerk. Aku terus bersalaman dan bawa mereka di dalam bilik mesyuarat. Aku perkenalkan diri pada mereka tapi aku tak bertanya mereka siapa. Hahahaha!!! Aku dah gelabah biawak. Aku bagitau yang Bro MC. Yang perempuan tu terus cakap "Boleh pula hari ini nak MC tiba-tiba ye..." Dia perli memang KOW KOW la! Aku senyum saje... Aku bagi keyakinan pada mereka yang aku akan usahakan yang terbaik untuk mereka. Aku sediakan kertas A4 banyak2 untuk mereka fotostat soalan, nota dan macam2 lagi. Pagi itu juga mereka nak masuk class sebab kata mereka akan habiskan kerja sehingga Jumaat ini sahaja. Mamposs!!!!

Alhamdulillah segalanya settle dengan baik. Tak sangka hari pertama selepas jalani kursus motivasi begini pula cabaran dan ujiannya. Dahsat!!! Mungkin yang aku ceritakan ini tak nampak sangat dahsyat sangat ceritanya tapi hakikatnya memang memeningkan kepala aku. Ditambhakan lagi masalah jpk yang ngok ngek boleh pula tukar modul suka suki dia! Tau la kolej bergantung pada mereka tapi janganlah menyeksa kami macam ni! Apa yang perlu aku lakukan hanyalah SABAR.... Sabar, sabar dan sabar!

Semalam (Rabu) pengajar dari KL tu berangkat pulang. Mula-muka muka masing-masing macam singa sebab kehadiran mereka pada Ahad malam tu tak diketahui siapapun. Kasihan betul mereka. Mana taknya kami sibuk dengan kursus motivasi tu!!! Tapi hari-hari last mereka menunjukkan muka yang mesra terutama Cik Niza. Takut juga aku nak tegur dia pada hari pertama tu tapi aku cuba beranikan saja. Yang lelaki 2 orang tu cool saja.

Tapi hari ini aku terasa berbeza bila mereka tiada. Walaupun 3 hari tapi kehadiran mereka amat berbekas pada aku. (Mana taknya semua kelas selama 3 hari itu mereka saja yang pegang. AKu pun rilex la sikit). Aku fikirkan mereka sampai Jumaat ini tapi kata mereka ada kerja di KL pula. Tapi aku menghargai kehadiran mereka. Terima kasih banyak2! Syukran jazilan! Semoga mereka dirahmati Allah sentiasa...amin!

I'm Like That?

Twenty Questions: How Do I Know If I'm A Workaholic?

1. Do you get more excited about your work than about family or anything else?
2. Are there times when you can charge through your work and other times when you can't?
3. Do you take work with you to bed? On weekends? On vacation?
4. Is work the activity you like to do best and talk about most?
5. Do you work more than 40 hours a week?
6. Do you turn your hobbies into money-making ventures?
7. Do you take complete responsibility for the outcome of your work efforts?
8. Have your family or friends given up expecting you on time?
9. Do you take on extra work because you are concerned that it won't otherwise get done?
10.Do you underestimate how long a project will take and then rush to complete it?
11.Do you believe that it is okay to work long hours if you love what you are doing?
12.Do you get impatient with people who have other priorities besides work?
13.Are you afraid that if you don't work hard you will lose your job or be a failure?
14.Is the future a constant worry for you even when things are going very well?
15.Do you do things energetically and competitively including play?
16.Do you get irritated when people ask you to stop doing your work in order to do something else?
17.Have your long hours hurt your family or other relationships?
18.Do you think about your work while driving, falling asleep or when others are talking?
19.Do you work or read during meals?
20.Do you believe that more money will solve the other problems in your life?

If you answer "YES" to three or more of these questions you may be a workaholic. Relax. You are not alone. Many have found recovery through the tools of this fellowship.

***Aku letih sangat bekerja begini. Pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun tak nampak matahari...Apakan daya...

Bersemangat!!!

Esok akan bermulalah kembali tugasku di kolej. Aku akan bertemu kembali dengan anak murid, Bro, kertas dan pen. Tidak ketinggalan juga suara yang akan dilantangkan esok. Aku pasti esok adalah hari yang kucar kacir. Khamis dan Jumaat minggu ini akan diadakan peperiksaan akhir buat pelajar ku. Sedangkan persiapan taklah seberapa mana. HABIS LAAAA!!! Nak tak nak aku terpaksa harungnya esok. Aku doakan anak muridku akan berjaya dan lulus dengan baik. Amin...

Sudah 5 hari aku bercuti. Cuti Hari Raya Aidil Adha. Sengaja aku ambil cuti untuk melegakan kepalaku yang agak kusut dengan kerja. Rasanya aku belum boleh mengurus tugas kerjaku dengan baik. Terkadang tu banyak benda nak difikirkan. Entahlah. Tapi aku cuba dengar dan ambil nasihat dari orang sekeliling. Kata mereka jadikan kerja ini hanyalah tugas di tempat kerja sahaja. Jadikan suatu tugas yang baru itu adalah ilmu baru ketika bekerja ini. Bagus juga aku berfikiran positif begitu tapi tak semua benda aku dapat atasinya. Maklumlah aku hanyalah manusia biasa.

Terasa hari demi hari berlalu dengan cepat. Terlalu cepat! Rasanya tak semua azam dan impianku tahun 2009 ini terlaksana dengan sepenuhnya. Namun apa yang aku kecapi hari ini adalah pemberian agung dari Allah. Aku saja yang tak sedar. Tahun depan akan ada kemasukan baru pelajar Tahap 3. Kali ini tak tahulah apa pula perangai mereka. Lagi 'hebat' dari yang ada sekarang ini kot. Huhuhu. Yang pastinya tahun depan adalah cabaran terbesar buat aku. Aku akan hadapi ujian praktikal mengajar selama 6bulan. Sebenarnya hati aku tak berapa menerima keadaan ini. Terasa aku tak berapa bersedia untuk diuji mengajar nanti. Tapi bila melihat semangat rakan-rakan KYM yang mengambil sama kursus denganku, terasa kursus ini penting untuk aku menjadi guru yang lebih baik. Aku akan cuba. Hurmm...selama ini aku hadapi pelbagai ujian semasa di sekolah dan kolej dengan baik, takkan aku tak mampu hadapinya untuk sekarang? Aku akan mencuba dan REDHA...

Rindu...


Time

Saya...

Foto Saya
Arifah Izzati
Hidup ini adalah ibarat kembara.. Mengembara di hamparan Bumi Allah ini dengan hanya satu tujuan iaitu tujuan untuk menghadapi HARI KEMATIAN...
Lihat profil lengkap saya

Borak Sakan